Tuesday, February 23, 2010

kenangan ..( dicipta ketika BTN shah Alam 18-22 feb


Di sini tanah kita..
sumpah kita pahatkan pada pertiwi tercinta,
kita susuri senja semalam..
ingaun ngeri penuh derita..
tak mungkin terukir kembali didada bangsa..

kini...
keamanan,kemewahan dan. kesatuan menaungi
perjuangan kita...
kita bebas ..berlari..sambil tersenyum riang
pada awan disana ...pada sinaran kemerdekaan..

kini.... gema..MALAYSIA BOLEH...
berterbangan di angkasa raya...
kita genggam api keberanian ..biar membara dimenara bangsa..

kita daki puncak Everest..
kita renangi selat inggeris..
kita kesejukan penuh kepanasan semangat di Kutub Utara..
Kita Belajar dilaut penuh teruja...
namun gelora tenang di hati kerana kita bangsa berdaulat
kerana kita..
"MALAYSIA BOLEH"

tAPI ...sEGALANYA

akan tinggal sebagai mimpi semalam
andai pewaris ibu pertiwi..
hilang keimanan dalam kemewahan Duniawi...
hilang harga diri dalam menentukan perjuangan..
hilanglah...negara bangsa..jika KITA ALPA..
KITALAH PENENTU SEGALA..

Friday, February 12, 2010

tika ini...


Tika ini terasa bahang...gentar..dan debar
berkecamuk didada..
ku tatapi titian yang ku lalui ini...dalam airnya
mungkinkah aku berjaya sampai dihujung denai ini?
ingin ku berpaut ...tapi dahan manakah ?
ingin ku berteriak...siapakah yang bakal mendengarnya?
ingin ku sendukan ....hanya pada MU YA ALLAH...

Dengarilah bicara hati ini...
ada kala kesepian mendatang...
adakala keresahan bertamu..
adakala tawa ini ku ukirkan..
adakala semuanya sendirian...

namum aku tahu...
dihujung sana...
ada teman ku yang setia..
mengiring perjalanan ini saban tika dan saat ini....
ingin ku khabarkan padanya ...
cerita bahagia...cerita sepi...cerita duka ...
kerana ku tahu hidupku hanya bertemankan RABBUL IZZATI
yang setia...kekal...selamanya.
hanya ku tunggu saat kembali menemui mu..
walau ku tahu ..aku tak layak untuk syurga mu..
namun pengabdian ini khusus untuk mu YANG ESA...

Tuesday, February 2, 2010

perjuangan ini bagai sampan dilaut....


menghayati kata2 ini... tersimpan seribu makna..