Tuesday, December 29, 2009

masa memisahkan KITA...

Masa ..
hadirmu begitu pantas..
tak terdaya untuk ku terus bersamamu..

masa semalam telah berlalu..
masa kelmarin penuh ceria..
masa saat ini..terhimpit oleh cengkaman waktu..

masa....mungkinkah kita masih seiring lagi...
mengejar bunga harapan menggapai impian..
disana dan disini...penuh komitmen..

masa..kau sangat bermakna..
sisa -sisa semalam yang kau tinggalkan masih terasa
bau kenangan itu...

bilakah masa...untuk kita lagi...?
yang pasti...kita perlu mengejar masa..
biarkan masa lalu berlalu..
jgn ditangisi ...
kerana masa masih ADA...

Monday, December 28, 2009

kedamaian...

kedamaian itu terasa hembusannya...
kedamain itu meresap di kalbu..
kedamaian itu mendambakan kasih..
kedamaian itu pencetus inspirasi..

hadirlah kau..
walau hanya pada rasa...
tiada dapat ku ungkap..
bila kedamaian bertandang..

resahnya hati...
bila kegersangan muncul
damai yang hilang..
namun ku gagahi jua mencari damai yang hilang..
bersama mu ILAHI

Tazkirah:sahabat cahaya sanubari


Assalammualaikum....bersua kembali di taman bicara ini...
13 TIPS ERAT PERSAHABATAN

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?
11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!
12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

Saturday, December 19, 2009

Tazkirah penyegar jiwa...


ciri-ciri akhlak muslim..

1. Salimul Aqidah
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih,
seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan
menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan
menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya: 'Sesungguhnya shalatku,
ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (QS 6:162).

Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da'wahnya kepada para sahabat
di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah.
Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya;
beliau menyatakan: 'shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.' Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan
bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada
unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq.
Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap
muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia,
manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat.

Thursday, December 17, 2009

Tahun..baru (selamat tahun baru 1431H)

buat semua sahabat tersayang...
semoga kehidupan kalian sentiasa disinari cahaya gembira
dibawah payung naungan ILAHI

sajak buat kalian:
Tahun baru ini .....
penuh bermakna..
dalam meniti denai-denai kehidupan..

tahun baru...
menjanjikan duka..
bila usia melambai pergi
bila ..azam belum terlaksana
bila derita semakin parah..
bila hati terus berdarah

tapi tahun baru kan beerti...
bila kebahagiaan kian menjelma..
bila kasih bertaut kembali
bila hati kian berbunga...
bila ILAHI kita kenaLI....

tahun baru.....
harapan sering dipapah...
mengharap segugus impian kan jadi realiti..
Itulah tahun baru...
penuh harapan pada sang mentari
agar menjadi pendamping diri...
menerangi kehidupan ini...tapi...
jangan ALPA pada yang Maha ESA...Penentu segalaNYA

Didesa ini..


DiDesa ini...
terdampar seribu imbasan -imbasan lalu
mencanang seribu memori ..
digugusan kasih tiada bertepi...

Didesa ini...
Bersimpuh tali kasih disudut hati..
pada sebuah pengharapan
kebahagiaan milik kita bersama..

Didesa ini...
kita pernah mendamba kasih..
meraut bersama ranting-ranting duka
dan...
cebisan-cebisan kasih itu masih bersisa disini..

Didesa ini..
kabus -kabus kasih
datang bertandang..
menyemai kemesraan pada sebuah persahabatan
lalu kita rantaikan dalam sebuah kasih sayang..

Wednesday, December 16, 2009

sepi...


kesepian bertandang...
kala sendirian..
kenangan semalam mengusik jiwa..
membuihkan kemesraan..

sepi menerjah..
kala mentari muncul ceria..
jauh disini terasa kehilangan sesuatu..

kesepian bertapak..
teman bicara ..
bagai angin yang datang..
adanya terasa sejuk...hilangnya ..tiada terasa

sepi...
ingin aku lari
dari bayangan sepi itu..
tapi tiada berdaya..

saat kesepian menghilang... amat ku tunggu
bila bicara itu bertandang..

tazkirah pencetus kedamaian sanubari


Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.
Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT.
Ulama ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal Tuhan-nya”. Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri”, maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.
Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa ataupun rohani yang ada dalam diri manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap manusia. Diri batiniah ini tidak dapat dilihat atau diraba oleh mata lahiriah dan tangan manusia. Walaupun di dalam Al Quran “diri” itu disebut dengan berbagai istilah, tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya “diri” yang hakikat itu di dalam manusia. Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab samada baik ataupun buruk.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertnggungjawapannya”. (Al Isra’ 36)

Saturday, December 12, 2009

langkah ini...


tanggal 2006...
langkah ini menemukan kita
langkah ini membibitkan seribu kuntum -kuntum
kemesraan antara kita....
langkah ini menjalin seribu impian
dan kenangan...

kita serasi merenjiskan air mawar
kekelopak yang masih muda..
kehausan ilmu didada...
kita bergandingan membelai bunga-bunga harapan bangsa
seia sekata... penuh iltizam

tapi...
langkah ini kan berhenti jua ...
bukan ternoktah..lemah dan longlai
tapi langkah ini
akan terus ku ayunkan dengan kencang
walau terpaksa..
ke destinasi seterusnya...

Aku Pengilap Permata Negara
Aku Mujahid Pejuang agama
Aku Berjihad Mencari Keberkatan Ilahi
Kerana Aku Adalah GURU..

Buatmu rakan ...
Syuran atas segala pengalaman
Syukran atas keprihatinan
Syuran atas sebuah kepimpinan
Syurkan kerana memaniskan kehidupan

Buatmu muridku...
wajah-wajah ceria itu segar diawangan ingatan
keletah kalian menjadi penyegar
dikala kerinduan..
biarkan kasih ini bertapa..
biarkan kasih ini terpana..
atas bukti selaut kasih sayang
dari seorang guru.

segunung harapan .. ku pancarkan
agar kalian berjaya meredahi
kehidupan ini berdindingkan keimanan ILAHI...

Selamat tinggal....
selamat berpisah....hanya jarak memisahkan kita
tapi bicara tetap bersama...
perpisahan ini hanya selingan dalam merentasi kehidupan..
tak meragut kesetiaan persahabatan yang terjalin..
antara kita semua....

Friday, December 11, 2009

tazkirah merantai hati berduka...

Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.

Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab: "Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

"Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar berundur secara teratur. "Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan akuu."

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya.

Thursday, December 10, 2009

tazkirah penenang jiwa...

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi
mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati
kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini.
Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang
disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk
dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya,
tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan
Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan
ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh
dengan perhiasan ini.

Wednesday, December 9, 2009

semalam di bangi..


gembira jumpa rakan...banyak cerita..us tanya juga bila nak ambik MA...teringin juga nak ambik..tapi kalau ade member lagi seronok..
"betulke nak Ambik MA ni???

Permata biru...(buat sahabat ku)


permata biru..
masih terserlah sirna mu
masih terpancar segar warna mu
bersama kilauan-kilauan memori semalam

permata biru...
kusemat mu selalu dibenak hati ini
ku kuncimu dengan sekalung emas
agar dapat ku dampingi selalu

permata biru..
kau pengubat di kala kedukaan
kau petunjuk di kala kesesatan
kau cahaya di kala kegelapan

permata biru..
kau pengingatku dikala kealpaan
kau pembimbing ku di kala ku kehilangan arah
kau penyuluh cahaya kegembiraan dikala sendirian..

permata biru kaulah sahabat,rakan dan teman
kau adalah ukhuwwah antara kita..
walau jauh terpisah ...namun doa tetap terutus
agar dirimu sahabat ..sentiasa didalam kasih sayang yang Esa...

hayatilah kehidupan ini...


masih belum tiba masanya
kita bersua..
belum tiba masanya
perjalanan ini terhenti

entah esok
entah lusa
dgn takdirnya
....tiba jua masa itu

walau waktu berlalu pergi
walau usia menginjak
aku masih disini...
kerana waktu belum tiba...

biar bergunung mehnah yang mendatang
ku redahi jua
kerana ....
perjalanan ini masih panjang...
entah bila kan berhenti..
tapi...masa itu kan tiba jua...

syukran.... ya Rabbi..
kerana masa itu masih ada untukku
masa untuk bertafakur
masa untuk merenung diri
masa untuk Bersua Kembali......