Friday, December 11, 2009

tazkirah merantai hati berduka...

Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.

Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab: "Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

"Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar berundur secara teratur. "Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan akuu."

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya.

No comments:

Post a Comment