Saturday, April 10, 2010

tazkirah cetusan iman


Mendidik manusia berilmu bukan perkara mudah kerana memerlukan usaha berterusan. Oleh itu, sewajarnya guru diberi penghormatan tinggi. Hal ini seperti firman Allah bermaksud:

“Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu dan (Allah meninggikan) orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.” (Surah al-Mujaadalah, ayat 11)

Guru hendaklah mendidik murid dengan penuh semangat dan kesungguhan. Mereka juga perlu mengemaskinikan teknik pengajaran dan cara penyampaian ilmu yang berkesan semoga apa yang diajarkan akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari murid. Dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima segala pelajaran yang dipelajari.

Guru hendaklah berusaha menyesuaikan dirinya dengan semua pelajar di sekolahnya. Hal ini supaya segala ajarannya akan memberi kesan kepada semua murid. Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’ menyatakan, bahawa sifat guru itu menjadi berkesan dalam jiwa murid melalui tiga peringkat:

l Ilmu pengetahuan (pengetahuan seseorang mengenai sesuatu konsep).

l Penerangan yang mendalam terhadap konsep itu.

l Perubahan yang timbul hasil daripada ilmu yang diperoleh.

Guru cemerlang akan melahirkan anak didik gemilang. Ia terbukti Rasulullah SAW sendiri ialah seorang pendidik cemerlang hingga lahirlah pada zamannya sahabat yang hebat seperti Khulafa' Ar-Rasyidin, Abdul Rahman bin A'uf, Abu Hurairah dan Saad bin Abi Waqas.

Golongan guru atau ilmuwan juga pernah disebut oleh Rasulullah seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bermaksud:

“Sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini adalah seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk bagi menerangi kegelapan sama ada di darat atau lautan. Apabila ia terbenam atau hilang, dikhuatiri akan hilang arah petunjuk.”

Monday, April 5, 2010

bicara rindu...


kala ribut melanda hati...
resah gelisah badai membantai,...
runtuh tebing cinta..dek kerana itu
..khabar pada rindu yang tak bertepian..
..khabar pada kasih yang harum...
tiada bunganya..
...khabar pada kesetiaan hanya pada tali hati..
..khabar pada angin...agar sampai bau kerinduan ...pada DIA..
satu Dalam Sejuta..hanya satu yang ESA

wajah itu...


bila ku tatap wajahmu...
hati rasa bergetar...
pada kasih sayangmu yang sentiasa menyala...
bila ku tatap wajahmu...
sinar mata bercahaya..
mensyahdukan rindu ...tika dulu
bila ku gengam erat tangan mu...
terasa panas kasih sayang mu..
hingga kini...
kasih itu akan terus mekar ...
hingga ke noktah terakhir ..hanya untukmu