Thursday, July 29, 2010

cinta...



Cinta itu senang dilafaz
Pada bibir nan manis...
Cinta itu mudah diberi
Bila hati sentiasa menderma...
Tapi cinta itu belum pasti kesetiaanya...

Bicara lembut
Berlagu nada indah..
Tersentuh hati ..tercuit perasaan
Tapi itu Cinta manusia....
Yang boleh berubah...detik dan tika
Yang boleh ditabur dimana-mana...

Tapi cinta Ilahi...tak pernah berubah..
Kesetiaanya Menunggu..
Sedang Abid mengutip cintanya yang Hakkiki...
Akan kekal hingga Selamanya...
Tiada beralih arah....

Cinta tiada dusta...
Kerana Cinta manusia bersatu..
Kerana cinta manusia Derita..
Kerana Cinta manusia tertipu...
Kerana cinta..hidup derita...

Tapi...Cukup untukku ...mencintaiMu..
Walau dari Jauh..
Walau tak dapat ku Genggam kasih Mu seperti Rasulmu...
Cukup untuk aku menghidu Kewangian SyurgaMu..
Cukup untuk Aku menatap rindu pada Mu..pada Tafakur dinihari...
Dalam Perjalanan mencari Secebis Cinta Mu yang Agung...
Sebagai Azimat Perjuangan Hidup...

No comments:

Post a Comment